Kamis, 05 Maret 2015

KASIAT BATU AKIK

KASIAT BATU AKIK

1. Batu Pairus Turquise
Batu Pirus juga disebut sebagai turquise begitu kenal oleh para pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan besi yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan besi makin tinggi.
BATU PIRUS
Batu Pirus
Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu banyak, dengan pirus kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.
Khasiat yang batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan jiwa dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.
2. Batu Hakikat
Batu Hakikat
Batu Hakikat
Batu Hakikat asalnya ialah batu pegunungan. ada juga orang berpendapat bahwa batu ini bersal dari batu lumut. hal ini kerana mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya batu ini mempunyai khasiat seperti menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri.
3. Batu Nilam – Batu Sapir
BATU NILAM - BATU SHAPHIRE
Batu Nilam – Batu Sapir
Nilam juga biasa disebut sebagai safir. Batu nilam amat dikenal didunia perbatuan sebagai batu paling digemari oleh pencinta batu permata Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium batu Nilam berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeda beda menjadikannya kelihatan begitu mempersona. batu nilam mempunyai banya jenis warna seprti warna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak sebanding dengan nilam berwarna biru. Kelebihan dan mitos pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.
4. Batu Panca Nur
BATU PANCA NUR
Batu Panca Nur
Batu Panca Nur atau panca warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua yanki lima warna. Kelebihan pada lima warna ini yaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya.
Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti, Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya, Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling, Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai, menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita dan Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
5. Batu Jarum Mas
BATU JARUM MAS
Batu Jarum Mas
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
6. Batu lafath
BATU LAFADH
Batu lafath
Batu lafath adalah berbentuk bergambar bertulis secara Alami tulisan Arab, jenis batuan ini jarang ditemui di dunia perbatuan. dan bila pun ada batu jenis ini, kiaranya Anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
7. Batu Serai
BATU SERAI
Batu Serai
Batu serai berasl dari tanaman serai hutan yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga. padahal pohon serai adalah tumbuhan yang sukar untuk mengeluarkan bunga dan serai yang mengeluarkan bunga dan begitu jarang kita jumpai. Hanya orang beruntung yang dapat menemukan batu serai ini, terdapat berbagai jenis warna yang biasa didapati pada batu serai ini seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru, hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk kecantikan dan pelaris jualan.
8. Batu Zamrud
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang digemari sejak dahulu kala. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Sayangnya batu zamrud mempunyai harga yang agak tinggi.
BATU ZAMRUD
Batu Zamrud
Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone, batu ini cocok dipakai oleh siapa saja. Pada zaman dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
9. Batu Kecubung
BATU KECUBUNG
Batu kecubung
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk. batu Kecubung dipercayai sejak zaman awal Mesir kuno. kecubung yang berkualitas didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India.
10. Batu Merah Delima
DELIMA MERAH
Batu Merah Delima
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. batu ini adalah raja segala batu permata atau dikenali sebagai “king of germstone” yang begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat mulia, batu merah delima ini terdapat dalam warna merah jambu dan merah hati.
Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.